Sunday 23 November 2008

GDO traditional games rules

Galah Panjang

#Jenis perlawanan : Kalah - Mati ; giliran permainan akan diundi pada hari perlawanan#

Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan kepantansan setiap pemain.


1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.


2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.


3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjagaa gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.


4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya pasukan lawan akan belari masuk ke dalam gelanggang .


5. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.


6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.


7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan.


Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.


Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.


untuk maklumat lebih lanjut sila lawati : http://malaysiana.pnm.my/03/0306galah_panjang.htm

Getah

#Jenis perlawanan : Liga & Kalah - Mati (Semi Final & Final) ; giliran permainan dan kumpulan akan diundi pada hari perlawanan#

Satu pusingan mempunyai 7 peringkat iaitu tanah,lutut,paha,pinggang,ketiak,telinga dan kepala. Ukuran peringkat (dalam liga dan semi final) berdasarkan ketinggian pemain. Namun ukuran peringkat (final atau seri) berdasarkan ketinggian *Zirwatul Isyqi Mat Noor (atau girl yg paling tinggi di GDO) .


Setiap pemain hanya mempunyai satu peluang sahaja untuk satu peringkat.


Jika seorang pemain itu berjaya melepasi satu peringkat, dia akan mendapat 3 mata.


Sekiranya tidak, tiada mata diberikan. Namun pemain itu diberi peluang untuk melompat di peringkat seterusnya sehingga selesai ke tujuh-tujuh peringkat. Tetapi, sekiranya pemain itu yakin bahawa dia tidak mampu meneruskan pemainan, maka dia boleh menarik diri. Ahli lain dalam pasukan tidak dibenarkan menggantikan tempat pemain yg menarik diri.


Jika keputusan adalah seri, kedua-dua kumpulan akan berlawan di pusingan yg kedua dengan menggunakan ukuran ketinggian *girl yg paling tinggi di GDO. Jika masih berlaku seri, keputusan akan diadili dengan duit syiling.


Kumpulan yang mengumpul paling banyak mata akan dikira sebagai pemenang. TAHNIAH!!!


Batu Seremban

#Jenis perlawanan : Kalah - Mati (Grouping 2 - 3); giliran permainan dan kumpulan akan diundi pada hari perlawanan#

Syarat-syarat Penyertaan.

1. Peserta dikehendaki membawa batu sendiri.

2. Boleh bawa batu sebenar, atau yg dibuat sendiri ( cth: kacang hijau dijahit dgn kain)

3. Jenis batu seremban yang akan dimainkan adalah batu 7.


Syarat-syarat Permainan.


1. Pemenang akan ditentukan berdasarkan siapa berjaya yang menyudahkan pungutan mata terlebih dahulu.


2. Bilangan mata untuk menang = 300 mata (apabila dicampur kedua-dua ahli dalam kumpulan tersebut). Mana-mana kumpulan yang berjaya mengumpul 300 mata terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang.


3. Terdapat 3 peringkat untuk mencapai mata penamat.

Peringkat 1 = 0 - 100 mata

Peringkat 2 = 101 - 200 mata

Peringkat 3 = 201 - 300 mata


Peringkat 1

-Peserta dibenarkan bermain secara bebas. Tetapi tidak boleh mengakhiri "sapuan" dgn hanya sebiji batu.


Peringkat 2

-Peserta dikehendaki bermain secara 2-2-2


Peringkat 3

-Peserta dikehendaki bermain secara 3-3


4. Untuk mata ke 91-100, 191-200 dan 291-300, semasa menimbang, peserta tidak dibenarkan "mencangkup"/"menangkap" batu. Tetapi perlu menimbangnye dgn cara memusingkan belakang tapak tangan dan menadah batu2 tersebut. Sewaktu menimbang, tidak dibenarkan membuang atau menggoyangkan batu jika mata sudah melebihi 100 atau 200 atau 300. Kene pandai bajet la kirenye.


5. Sepanjang permainan, peserta tidak boleh terkena batu2 semasa "menyapu" batu. Jika terkena, dikira “mati”. Kena tukar peserta lain pula.


Sebarang perubahan kepada syarat-syarat di atas akan dipantau dari semasa ke semasa.

Sila lawat blog ini selalu yek. ^^

Turutan pemain akan ditentukan semasa hari perlawanan kelak.

Oleh itu, berlatih lah dengan bersungguh-sungguh.



No comments: